Wednesday, February 1, 2012

Ahmad Al Kebab

Buku yang paling senang nak baca. Cepat dan mudah. Tak perlu banyak fikir, tak perlu mengulang perenggan, tak perlu bukak Kamus Dewan. Pendek kata, senanglah!

Itulah Almad Al Kebab. Karya Wan Azlan - sebuah novel parodi, baca tak kering gusi.


credit gambar kepada KakWa (kakaknya dr. sudugarpu).

Akhir-akhir ini, istilah parodi jadi terkenal. Menurut Kamus Dewan Online, parodi adalah karya sastera, seni, dsb yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yg me­lucukan atau menyindir.

Novel ini bermula dengan watak Dimanosajo, seorang warga Thailand yang menjalankan perniagaan kebab sebagai punca rezeki di Kota Permaisuri. Unsur parodi hanya muncul dengan meluas (dan jelas) selepas terhentinya (seketika) watak Dimanosajo yang awalnya disangkakan sebagai watak utama dalam karya ini.

Parodi bermain di sekitar watak Sediakawal, Sakurakura, Sihuruhara, Mergastura, Murrahan dan Sifar. Kambing menjadi burung unta. Pening lalat menjadi Tahi Lalat. Sayuran menjadi ikan. Pintu menjadi perut (penyebab kepada munculnya Al Kebab).

Ya. Ahmad Al Kebab memparodikan Ahmad Albab.

Selain sesuai sebagai bacaan pelbagai peringkat umur, Ahmad Al Kebab boleh menjadi permulaan bagi yang mahu bermula atau mahu kembali berjinak2 kepada naskah penuh teks.

Mari jadi manusia lively.


4 comments:

  1. Aku ulang perenggan, sbb nak gelak banyak-banyak kali. Lively tak??

    Cuma, ada sesuatu yang aku sedikit terkilan dgn cara penulis menamatkan cerita; tanpa mendedahkan kaitan firma guaman dan si jin gagap. Kejar dateline apa?keke

    notakaki: what goes se-round comes 2-rounds, Johan RL.

    ReplyDelete
  2. ya ya betul... tertunggu juga apa kaitannya... tapi kdg2 penulis mmg macam tu... dah serabut dan nak cepat2 hilangkan stress... bukan mudah dan bukan selesa memeram karya dalam satu tempoh jadi lebih baik publishkan saje... tak begitu.

    notakaki: tunggang langgang kerana berjuang lebih baik dari tunggang senang kerana ditanggung.

    ReplyDelete
  3. Saya tak sempat menghabiskan bacaan cerita ini...( next time balik, mau pinjam...siapa punya buku ni?) :)

    ReplyDelete
  4. hahaha, buku saye... nanti calling2 kalo nak pinjam ea... sekarang masih di enstek buku ni... :)

    ReplyDelete