Friday, March 27, 2009

Mari Berfikir Sebelum Blogging

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Setuju? Kalau setuju mari kita mula memerah otak beramai-ramai sebelum menekan butang add new post pada dashboard blog masing-masing.

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Menurut lecturer program master saye di ukm (dr.mm), anak-anak kita kelak perlu diajar how to think! Ups… ini ala-ala critical thinking dengan thinking technique yang diajor kat universiti je? Kalau dilihat dari dasar, apakah yang begitu perlu menekankan bagaimana cara berfikir kepada kanak-kanak dan remaja? Apakah pengalaman dan perjalanan hidup yang dilalui dari masa ke semasa tidak cukup untuk mengajar manusia cara berfikir yang efektif dan kreatif? Apakah yang begitu serius sehingga dr.mm sungguh-sungguh dalam kuliah kami memberitahu bahawa mahasiswa generasi terkini memiliki daya berfikir yang jauh terlalu lemah berbanding mahasiswa dua puluh tahun dulu? Dr.mm, mungkin saja menghampiri gelaran prof, dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai tenaga pengajar di universiti mendapati, meskipun peka dan mahir menggunakan gajet terkini, tahap intelektual mahasiswa kini juga merosot. 


Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Sedang maklumat di hujung jari, kita manjadi semakin malas. Maklumat dan sumber mampu diperoleh dalam tempoh dua saat. Segalanya bergantung kepada keupayaan teknologi yang digunakan. Dibantu dengan teknologi, kita hari ini hanya perlu membuka search engine, taip keyword, cari maklumat bersesuaian, baca sekali lalu, copy dan paste. Siap! Bayangkan bagaimana orang-orang pada zaman sebelum teknologi maklumat berkembang. Mereka perlu ke library, mencari buku melalui katalog atau terus ke rak, mungkin mancapai puluhan buku dan go through setiap satu, menulis semula maklumat yang dikehendaki di kertas, dan bina semula ayat bagi menjelaskan sesuatu maksud. Meskipun mungkin saja mereka juga terjebak dengan plagiat, namun setidak-tidaknya orang-orang zaman sebelum teknologi maklumat ini, secara terpaksa perlu manyalin apa yang diplagiat secara manual dan bukannya copy paste. Ini bermakna, mereka akhirnya akan membaca apa yang diplagiat dan sekurang-kurangnya tahu apa yang diplagiat. Kita? Copy dan paste, isi mengancam tapi cubalah tanya balik… confirm haram tak tau.

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Pembentangan bajet mini baru-baru ini memperuntukkan sedikit dana bagi memperkembangkan bidang kreatif - satu usaha murni yang patut dihargai. Sedihnya, menteri yang cerdik pandai itu menyenaraikan bidang-bidang kreatif ini antaranya industri muzik, filem dan seni persembahan. Aduhai… itu aje ke? Ketika dr.mm menyebut creative field, pertama yang saye fikirkan ialah bidang penulisan. Sayangnya bukan itu yang diutamakan oleh menteri cerdik pandai itu. Dan tidak silap apa yang saye fikirkan itu adalah sama sebagaimana pendapat dr.mm bahawa bidang penulisan (writing) adalah lebih penting untuk diutamakan. Bukannya menafikan industri hiburan, tetapi cuba korang fikirkan, betul tak sekiranya saye katakan bahawa menulis merupakan antara cara berfikir yang paling mencabar? Sekiranya korang ragu-ragu, cuba pilih satu topik dan tulis mengenainya. Kalau korang boleh menulis dalam masa 10 minit dan berpuas hati dengan hasil tulisan korang serta yakin untuk menghantarnya kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah, maka tahniah! Saye tidak ragu-ragu bahawa korang boleh sebaris faisal tehrani (lagi? hehehe).

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Setidak-tidaknya kepada diri saye sendiri. Sebab itu, antara berkarya dengan membangunkan sebuah sistem maklumat, saye lebih rela yang nombor dua. Menulis bagi saye satu proses yang seronok juga sengsara. Saye tidak kedekut untuk memberi kredit kepada golongan penulis dan setuju bahawa penulis merupakan golongan cerdik lagi bijak kerana mereka mencipta. Sudahkah korang lupa bahawa mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang?


Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Kenang kembali, bilakah kali terakhir kita memegang pen untuk menulis sebuah karangan berunsur cereka? Jangan sedih kerana kita pengguna teknologi yang semakin pemalas. Teknologi tidak pernah bersalah. Kitalah manusia yang tidak bijak mengatur. Kerana itu penggunaan teknologi wajar dioptimum ke seluruh bidang yang pernah wujud. Kontroversi kemunculan blogger tempatan yang berani namun lancang perlu kita sambut dengan positif. Sejarah mengajarkan kita bahawa lama dulu, demi menuntut kemerdekaan dan mencelikkan mata dan nurani anak bangsa, penulis berjuang di dada akhbar. Meski ada yang berjaya dipatahkan oleh golongan pemerintah, muncul pula golongan penulis yang menulis di akhbar yang lain (meskipun bukan mudah untuk menerbitkan akhbar pada zaman itu). Nah, akhbar hari ini mungkin dipegang dan dijaga seratus-peratus oleh kerajaan namun sekatan apakah yang mampu dibuat ke atas blog-blog yang boleh dibuka dalam masa 2 saat? Satu pergi sepuluh mari!

Menulis adalah satu proses berfikir yang sangat mencabar. Atas cabaran itu, baik diri saye sendiri dan korang semua, marilah kita mula berfikir. Sekiranya bukan untuk menulis, sekurang-kurangnya untuk blog kita yang tercinta. Berfikirlah apa yang ingin kita mahu orang lain baca dan melihat diri kita. Bahawa sekeping gambar yang kita upload pun mampu bercerita tentang fikiran kita, mesej kita sehingga tahap intelektualiti kita kepada umum. Usah sekadar copy dan paste sesuatu maklumat lantas mendakwa ianya sebuah dakwah. Blog merupakan medan yang tidak terbatas untuk kita mencerna buah fikiran dan ideologi yang kemudiannya boleh dibaca dan dibahaskan. Rasanya tidak pernah salah untuk bercerita tentang aktiviti kita sehari-hari. Kerana kehidupan juga satu pelajaran. Penjelasan yang ringkas dan bersesuaian sedikit-sedikit akan mengasah skil menulis dan berfikir kita dari semasa ke semasa. Pesanan ini khusus untuk diri saye sendiri juga. Haih! Tetapi mahu ingat ya, sebelum boleh berfikir dan menulis kita perlukan input iatu MEMBACA.

Okey sudah berfikir? Kalau sudah mari tekan butang add new post dan muntahkan buah fikiran korang pada kotak putih itu. Sudah? Dengan senang hatinya tekanlah butang publish :)