Monday, May 25, 2009

Menunggu Ultraman Menjadi Raksasa Gorgon


Kami tergelak besar apabila Sizuka menggelarkan dirinya dianggap seperti raksasa gorgon dan kemudian ada pula yang mahu datang menjadi ultraman. Ianya sungguh-sungguh benar dan ironi. Namun, menurut kanak-kanak bawah umur yang ketagih siri superhero yang bersilih-ganti di puluhan rangkaian tv, penyelamat bumi yang diserang raksasa gorgon ialah mask rider dan bukannya ultraman. Sumpah saya tak tau!

Semasa raksasa gorgon sebenar yang bertopengkan mask rider melebarkan pengaruh dan menjana misi, kelihatannya Sydney Bristow mencelah di tengah-tengah. Berbanding superheroin Alias yang asli, Sydney Bristow ini terang-terangan mengaku sebagai double agent, mengangkat diri sebagai liberalis, sang pendamai dan menjadi reporter part time secara sukarela.

Kata sesetangah watak kecil, get a life! Ianya benar. Benar kepada banyak watak yang menghidupkan siri kehidupan ini. Juga benar untuk watak yang berkata-kata itu. Benar untuk raksasa gorgon, benar untuk ultraman, benar untuk mask rider, benar untuk Sydney Bristow, juga benar untuk si pengulas yang menggelarkan diri sebagai blogger. Namun sang blogger hidup dengan blognya atas kepercayaan bahawa satu masa nanti kebenaran akan pasti menampakkan diri.

Dunia ini bulat. Ia berputar dan berjalan di atas paksi yang juga membentuk satu bulatan. Kerana Tuhan itu maha adil, maka maafkanlah semua watak-watak yang tidak bahagia dan berdoalah semoga mereka mendapat kebahagiaan untuk hidup dalam kebaikan. Apa juga watak kehidupan sebetulnya tidak perlu menjadi ultraman mahupun raksasa, kerana takdirnya kita manusia diciptakan sebagai makhluk yang paling sempurna.