Thursday, December 22, 2011

Ombak Rindu Vs Hafalan Shalat Delisa: Salah Siapa Karya KitaTerkebelakang?

Adalah normal bagi sesebuah karya yang menjadi fenomena untuk memasuki ruang diskusi yang akan diisi dengan kritikan, pujian dan kutukan. Ianya membuktikan bahawa karya tersebut mempunyai aura tersendiri sehingga diperdebatkan sebegitu rupa.

Sebelum ini, satu ulasan berkenaan filem Ombak Rindu (OR) telah dinaikkan di blog ini. Ulasan ini sebetulnya cenderung menyentuh isu adaptasi karya novel ke filem. Ia sama sekali tidak memberi tekanan terhadap isu moral yang menjadi kontroversi dalam filem ini. Namun kemelut Ombak Rindu yang dimainkan beberapa pihak di sana-sini telah membangkitkan beberapa persoalan di benak saya. Malah, sewaktu artikel ini ditulis, beberapa status di facebook yang memaut trailer Hafalan Shalat Delisa (HSD) telah dinaikkan dengan sebahagian besarnya mengaitkan atau membandingkannya dengan OR. Hampir kesemua status ini termasuk deretan komen yang diberikan menjurus kepada kritikan yang menonjolkan kerendahan mutu dan nilai karya filem anak tempatan. Situasi ini benar-benar membuatkan saya terfikir, salah siapa semua ini?



Bukan tidak ada karya kita yang bermutu tinggi. Tetapi bagaimana dengan sambutannya? Kita sendiri yang banyak mengkritik kebobrokan karya tempatan, kita sendiri juga sebenarnya tidak sedar dengan kewujudan karya-karya terbaik yang pernah terbit atau telah diharamkan.

Adakah fenomena OR membuka mata kita untuk mencari karya-karya ini? 

HSD berkait rapat dengan tragedi alam. Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?

Bagaimana dengan pemikiran kita?

Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, maka kita perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan.

Perhatikan sahaja facebook kita. Isu apakah yang paling banyak kita naikkan? Kisah peribadi? Dialog suami isteri? Perkembangan anak-anak? Maklumat agama? Isu semasa? Isu politik? Ekonomi? Ilmiah? Nah, masing-masing lebih tahu facebook sendiri. Itulah antara cerminan pemikiran kita. Dan kita tidak malu pula memperlekeh karya tempatan yang hakikatnya mencerminkan jiwa dan minda sebenar kita. Maka bagaimana pula anda mengandaikan pemikiran pengkarya kita?

Hanya pengkarya dengan jati diri yang tinggi sahaja yang sanggup menongkah arus. Tetapi berapa ramai yang sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit untuk mengangkat moral, etika dan pemikiran manusia yang belum tentu memberi pulangan? Sedangkan penonton/pembaca hanya melabur RM8 - RM30 untuk menghadam idea dan usaha insan lain.

Saya tentu sekali bukan seorang pengkarya semasa. Namun pengalaman menghasilkan beberapa karya kecil membuatkan saya faham perit jerih berkarya. Ianya umpama anda bersusah-payah memasak, dan orang yang menghadam makanan itu dengan mudah memberi komen "tidak sedap! Sedap lagi makanan Indonesia".
Seperti mana saya bukan peminat Aaron Aziz (telah disebut dalam ulasan OR), saya juga bukan peminat OR. Namun saya kira, menghukum OR sebagaimana yang dilakukan ramai sekarang ini agak tidak adil. Berapakah peratus kerosakan dilakukan oleh OR sehingga disifatkan sebagai tragedi murahan di sini? Berapa banyakkah penderhakaan plot OR terhadap nilai agama dan kemanusiaan? Adakah di antara anda di luar sana yang pernah cuba membandingkan jumlah kerosakan itu dengan tingkat kerosakan dan penderhakaan yang disajikan dalam banyak filem Melayu yang lain? Jika tidak, anda sama sekali terlalu bias!

Cuba kaitkan sebentar perenggan di atas dengan tragedi Superman Faizal Tahir yang telah dihukum Vs trend pakaian tidak senonoh sesetengah selebriti wanita tanah air yang tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan sebagai satu bentuk pengajaran kepada diri sendiri dan individu lain. Dapatkah anda menterjemahkan konotasinya? Adilkah kita menghukum satu pihak sedangkan pihak yang lain terus ghairah berkarya dalam kemaksiatan?

Di sisi saya, OR memang bukan sebuah filem moral. Ia hanya sebuah filem yang mempertaruhkan idea asal sebuah novel yang laris, barisan pelakon pujaan dan dendangan lagu yang menusuk jiwa untuk bermain dengan emosi penonton rakyat Malaysia yang memang gemarkan melodrama. Ia adalah kehendak pasaran sendiri.

Sekiranya kita masih diulit perkembangan lilitan terbaru hijab muslimah, ghairah mempromosi konsert rock tanah air, masih hanyut mengulit majalah fesyen/keluarga terkini, rasanya lebih molek kita muhasabah diri. 

OR bagaimanapun masih lebih baik dalam beberapa sisi moralnya berbanding lambakan filem-filem tempatan sebelum ini. Ia telah menunjukkan satu peningkatan dan telah pun mendapat sambutan (di sini saya menegaskan bahawa saya 100% menolak keperluan wujudnya adegan ranjang atas sebab apa sekalipun). Sebagai penonton/pembaca yang menikmati hasil kerja pengkarya, buktikan bahawa kita telah bersedia untuk menerima dan memberi sambutan terhadap sebuah karya yang kuat dengan isu kemanusiaan, jati diri dan moral hasil dari ilmu dan pemikiran yang tinggi. Dan semoga lebih ramai pengkarya filem/novel kita akan mampu menghasilkan karya bermutu yang bukan hanya mampu menjadi medan sebaran dakwah dan moral, tetapi mampu meraih keuntungan berganda hasil sambutan pasaran yang hakikatnya adalah terhad.

Berilah peluang kepada karya kita untuk bergerak di atas landasan 'sokong dan dorong' rakyatnya sendiri. Kurangkan kritikan membunuh. Keparahan nilai moral dalam karya perlu dibimbing, dipapah, dimotivasikan serta dirawat. Jangan biarkan ianya jadi seperti pokok-pokok yang mati selepas dicaci-maki oleh satu kaum di Pulau Solomon (sumber).

Karya kita, cerminan bangsa kita. 


8 comments:

  1. indeed a gud opinion...to me bagilah pada karya2 seni tanahair bernafas and upgrade the quality bit by bit. Despite what so ever OR tetap memikat..kl x takkan dah 2x tngok..malah kl ade yg nak blanje bole lagi utk kali2 yg setrusnya...

    ReplyDelete
  2. Aku menonton drama/series/filem hanya sekadar utk berhibur, berehat dsb.

    Susah mahu jumpa,filem yang awalnya bertujuan utk menghiburkan menjadi salah satu medium pembelajaran yang efektif apatah lg menyemai pesan-pesan moral yang ringan. Betul?

    Point aku sama mcm Aunt Noorjila, bg lah ruang utk pengkarya filem bukan setakat bernafas malah merasai keindahan seni hasil dari titik peluh sendiri. Baru mereka mendapat momentum.

    Jika mahu mengangkat sesebuah filem yg bermutu, pengkritik yg lantang perlu buat sesuatu. Bukan sekadar hanya pandai mengkritik. Fullstop!

    p/s: kadang berguna juga mengkritik dari terus mengharamkan karya

    ReplyDelete
  3. bukan mudah untuk menghasilkan sebuah karya dalam bentuk apa pun. sokong dan bimbinglah karya tempatan dengan kritikan yg membangun dan adil. dalam masa yang sama, kita semua sendiri perlu berubah.

    ReplyDelete
  4. hiburan secara sederhana adalah bagus. lebih bagus kalau setiap individu yang berhibur itu mampu berfikir dan menganalisa sendiri apa yang baik apa yang tidak.

    betul, tapi masih ada bukan? :) kadang2 kalau kita mahu berfikir, ada mesej tersirat di sebalik karya ringan sekalipun. cuma tonton jin notti. kalau sedar, ada mesej berunsur sindiran terhadap kerajaan terselit dalam filem ini (baca: jin notti).

    betul... tapi perlu dipantau dan dinasihat selalu2.

    kritikan perlu adil. asik kondem sana-sini, kau sendiri entah hape2... hewhew

    ReplyDelete
  5. actually, when everyone asyik ckp psal tragedy murahan, I mmg x setuju. byk je other films yg lebih 'murahan' tp nape bila kutipan OR sgt memberansangkan, baru suara2 sinis ni keluar. for me, OR adalah 1 fenomena baru selepas pelbagai fenomena yg melanda msia. apa yg I nmpk, setiap fenomena baru kluar, setiap kali tu lah byk suara2 sumbang berkumandang.

    Even I x tengok lagi OR, tp for whatever reason kita x bole sewenang-wenangnya menghentam karya kita, melainkan karya tersebut tiada sambutan, hambar or terlalu byk kesilapan2 yg x sewajarnya seperti menjatuhkan martabat filem tanahair (bukan bermaksud kita bole memperlekehkan hasil karya sesiapa terutama anak tempatan tapi memberi panduan/ nasihat).

    Sikap segelintir pengkritik2 sumbang inilah yg bole membunuh karyawan2 muda utk terus menghasilkan hasil seni yg bermutu kerana mentaliti kita "yang buruk dikeji, yang baik dibenci".

    ReplyDelete
  6. Widura Abd Kadir btw, 2nite I plan nk tgk Hafalan Shalat Delisa. trailer cam mnarik..tp scene tsunami tu byk lagik yg boleh improve..

    ReplyDelete
  7. sangat setuju. terima kasih atas komen. karyawan perlu didorong dan dinasihat selalu2. bahasa dan kaedah nasihat juga perlu diteliti supaya tidak sehingga merosakkan kreativiti karyawan yang kelak merugikan kita sendiri.

    ReplyDelete
  8. Bug Bahrain, i blom tg. nak langgan astro first tapi belum ada waktu lapang.

    tapi my fren @[1190003527:2048:Nusrah Romli] sudah tgk. according to her, cerita wajib tonton setiap muslim, plot landing kurang kemas, ada unsur kurang logik tapi yg penting aktornya ganteng2. tak gitu nus?

    btw, bukan tak ada karya malaysia yg bermoral tinggi. banyak. tapi kurang terkenal malah ada yang diharamkan. sedih!

    ReplyDelete