Friday, December 9, 2011

Menangis Lelaki - Edisi Ombak Rindu dan Aaron Aziz

Saya tiba-tiba teringat istilah 'menangis lelaki' yang keluar dari mulut sorang sahabat. Bunyinya janggal tetapi unik. Bukan tidak biasa melihat lelaki menangis. Dalam hindustan terutamanya. Tetapi kebanyakannya tak begitu menepati kedalaman maksud 'menangis lelaki'. Sehinggalah saya menemuinya dalam Ombak Rindu versi filem.

Membaca ulasan daripada pengkritik filem/wartawan nyata lebih adil. Ulasan begini hampir menyeluruhi segenap aspek Ombak Rindu termasuk novel dan penulis. Kerana apa yang boleh didapati daripada ulasan kebanyakan bloggers lebih cenderung kepada isu aksi ranjang dan Aaron Aziz.

Jujur, saya bukan peminat Aaron. Tapi, sebab utama saya keluar menonton Ombak Rindu adalah Aaron juga. Akibat terlanjur menonton klip video OST-nya, naluri 'orang awam' saya jadi penasaran untuk menonton.

Advantage untuk saya pada kali ini ialah, saya tidak pernah membaca novel Ombak Rindu. Maka risiko filem ini menjadi pemusnah jurus bayangan memang tidak ada sama sekali. Tetapi, meskipun tisak pernah membaca novel Ombak Rindu, saya memang dapat rasakan babak-babak dalam filem ni melompat-lompat. Pastinya untuk memampatkan isi cerita yang agak panjang sedangkan durasi filem yang dibenarkan hanyalah 2 jam.

Sebenarnya, amat menakutkan untuk menonton sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Saya pernah membebel mengenai perkara yang sama (Ayat-ayat Novel Versi Filem). Saya percaya, adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak terutama pembaca tegar sesebuah novel yang diadaptasi ke filem. Novel dan filem memberikan impak yang berbeza terhadap corak penceritaan masing-masing. Filem memberikan cerita dan imej visual secara serentak. Penonton secara langsung akan mendapat gambaran latar tempat dan watak hasil garapan produksi filem. Contohnya, sekiranya watak Hariz dalam Ombak Rindu dipegang oleh Aaron Aziz, maka itulah gambaran yang terpaksa diterima oleh penonton mengenai watak Hariz. Ianya berbeza dengan novel yang memerlukan pembaca membina imaginasi tersendiri berbekalkan panduan penulis. Bermakna, setiap pembaca akan mungkin mempunyai imaginasi yang berbeza terhadap latar tempat dan watak. Oleh itu, gambaran watak Hariz dalam novel Ombak Rindu juga adalah berbeza-beza bagi setiap pembaca.

Hanya pembaca tegar sahaja yang tahu bagaimana seronoknya melayari pembacaan dengan lakaran imaginasi sendiri.


Di antara beberapa karya adaptasi novel ke filem, saya kira hanya Ketika Cinta Bertasbih sahaja yang betul2 menepati kisah sebenar tanpa terlalu merosakkan imaginasi pembaca. Tapi ini tidak bermakna filem perlu menurut sepenuhnya intipati novel. Adunan semula untuk meringkas, memperbaik dan memperkemas jalan cerita dan latar watak adalah juga penting kerana tidak mungkin setiap plot dalam novel sesuai dimasukkan ke dalam filem. Asalkan cerita asal dan watak-wataknya tidak dirosakkan, ayat-ayat novel versi filem pasti setidak-tidaknya mampu memberi kepuasan minimum.

Ombak Rindu mungkin tidak sebaik dan sekemas yang saya harapkan. Cukuplah ianya berjaya meringkaskan jalan cerita versi novel tanpa mencacatkan. Malah perubahan pada beberapa latar watak juga saya kira satu usaha untuk memperbaik. Ini berbeza dengan apa yang saya kesalkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta yang ketara merosakkan beberapa latar watak terutama watak Aishah isteri Fahri. Begitu juga kelihangan watak bapa Maria telah merosakkan jalan cerita termasuk maklumat dakwah yang sangat penting.


Alangkah bagus kalau filem Melayu Malaysia boleh melebar lebih dari 2 jam asalkan plotnya disusun kemas, skrip yang baik dan tidak meleweh2.

Secara peribadi, saya rasa kekuatan Ombak Rindu versi filem ini adalah pada Aaron Aziz. Lakonan Aaron adalah terbaik. Terbaik kerana sangat bersahaja. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukan peminat Aaron. Maka harapnya tidak timbul unsur bias di sini. Saya bukan pengikut tegar Aaron dalam sebarang drama bersiri. Malah, saya pernah berasa hairan melihat kegilaan orang ramai terhadap Aaron. Sebab sebelum ni, saya tidak tahu apa hebatnya Aaron Aziz.

Nak kata hensem, hensem lagi Hans Isacc.

Tetapi saya mula mengagumi beliau dalam filem KL Gangster. Lakonan selamba. Effortless.

Melalui Ombak Rindu, saya lebih mengagumi lakonan beliau. Terutamanya babak Hariz dan Izzah di dalam bilik di rumah Pak Dolah. Serta-merta saya rasa ralat kenapa beliau bukan warganegara Malaysia yang dengan tidak adilnya menghalang beliau daripada dicalonkan di dalam FFM.

Maya Karin bagi saya not bad. Cuma masih canggung melihatnya bertutur dengan intonasi Bahasa Melayu yang asli. Saya membayangkan watak Izzah inidipegang oleh Fazura. Lebih klasik, kekampungan dan effortless.

Lisa Surihani juga tidak kurang bagus. Hanya untuk watak Mila, imaginasi saya melihat alangkah cantiknya jika watak ini dilembutkan sedikit lagi. Tak perlulah Mila terjerit-jerit memberontak setiap kali keinginan tak dipatuhi. Dengan kedudukan, kuasa dan pesonanya, Mila mungkin hanya perlu bertegas dalam nada yang lembut tetapi persistent.

Secara keseluruhan, Ombak Rindu adalah Aaron Aziz. Tanpa Aaron Aziz, Ombak Rindu mungkin tidak berombak mana pun. Kerana saya amat pasti, sekurang-kurangnya separuh jumlah penonton yang berkejar ke panggung untuk menonton filem ini adalah kerana Aaron. Tetapi itu tidak pelik kerana kombinasi ego dan air mata Hariz yang diperan Aaron adalah pesona yang langsung tidak menghampakan.

Kerana Aaron Aziz, saya mengerti apa itu 'menangis lelaki'.


11 comments:

  1. saje la tu nak suh i berkobar2 g wayang tgk kan????heheheheheheh

    ReplyDelete
  2. 1. Tajuk entri - trafik akan mencanang naik.

    2. Aku dgr rumors, Bumi Cinta akan diadaptasikan juga. Dua kemungkinan, pasti Box Office atau pasti gagal.

    3. Aku belum baca novelnya atau pernah membaca tetapi lupa.

    4. Aku belum menonton juga, walaupun Aaron Aziz yg beraksi.

    5. Tahniah, tulisan hebat.

    6. Sekian.

    ReplyDelete
  3. cepat-cepat kak oii... nanti geget jari... huhuhu

    ReplyDelete
  4. 1. iye ke? tak cek la pulak... heh heh
    2. pasti diadaptasi... setakat ni almost sume karya kang abik yg meletup diadaptasi kan?
    3. aku pun x baca... x kose
    4. sila lah tonton
    5. meh? auwww
    6. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Bumi Cinta, kalau diadaptasi dgn cara Kang Abik (ikut syariat) akan tak jadi kan. Kena cari producer+director yg power.

    eh, org cerita Ombak Rindu, aku duk bebel Bumi Cinta.keke

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. aku x tgk lagi tapi aku gile dgn novel dia...aku rasa mesti lagi syok kalo ombak rindu ni dibuat version drama...lebih panjang..lebih meliputi setiap sudut cite dia seeprti novel...aku takot nk tgk sbnrnya, takut cite dia lari dr novel....

    p/s: aku pun suka tgk lakonan aaron aziz...perfect!

    ReplyDelete
  8. mmg tak dapek la nak sama... rasanya byk benda yg tak seswai masuk dalam filem... aku pegi tgk sbb terpesona dgn si aaron dalam trailer... huhuhu... filem aku xjamin best, tapi aaron mmg superb!

    ReplyDelete