Thursday, January 13, 2011

Tips Ubati Bayi Menangis Malam

Baru-baru ini, Safi meragam waktu malam, bermula dalam pukul 10 lebih. Selalunya dia ni jarang tido awal. Tetapi ketika kejadian ni, dalam pukul 9 dia dah mula lembik dan tertidur. Kemudian, dalam pukul 10 lebih dia akan terjaga dan menangis. Lepas puas dipujuk, dia tertidur sekitar 15 minit sebelum terbangun semula dan menangis. Perkara ini berterusan sepanjang malam.

Kejadian yang sama berulang pada keesokkan malam. Melihat kepada sikapnya yang tak ceria macam selalu, saya pasti bahawa Safi tidak mengalami sakit fizikal tetapi mungkin mendapat gangguan. Kebiasaannya, kalau ada rasa macam dapat gangguan, ayat yang kami amalkan cuma ayat kursi dan tiga kul. Tapi kali ni macam tak berapa mujarab. Mujarabnya sekejap, lepas tu jadi balik.

Di tempat kerja saya, ada sorang ustazah yang ajarkan supaya membaca surah Al-Baqarah kerana khasiatnya untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan. Katanya, ayat kursi tak cukup power walaupun ianya juga merupakan ayat dari surah Al-Baqarah. Sebaiknya memanglah kena baca satu surah. Tapi panjang sangat kan. Jadi memadai baca dari ayat 1 hingga 30. Baca kuat-kuat.

Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.

Lepas dapat tau perkara ni, saya terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. Malam tu, Safi tidak lagi meragam.

Malah situasi yang sama turut dialami oleh maklin yang babynya sebaya dengan safi. Memang selepas baca surah Al-Baqarah ini dalam rumah, takde lagi baby meragam. Sungguh mujarab.

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.

Jadi ibubapa di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.

Wallahualam.


16 comments:

  1. Menariknya info dr ustajah ni..

    sy akan apply juga bermula mlm ni..kerna sudah betahun2..sy mmg sukar tidor mlm..

    tkasih :D

    ReplyDelete
  2. aiyak, kamu susah tido malam sebab gangguan syaitonirrajim ka sebab kamu insomnia?

    ReplyDelete
  3. info yang menarik....saya akan amalkan juga untuk jauh dari gangguan syaitonirrojim

    ReplyDelete
  4. anak murid aku yang berperangai syaitonnirrajim boleh berkesan tak? hahah! :p

    ReplyDelete
  5. wie...bagus tips ni...akan dipraktikkan kelak if aku pindah n da ade baby nanti...thanks beb

    ReplyDelete
  6. ow itu surah lain pulak ye... kalu aku bagi surah pelempang aje... huahuahua

    ReplyDelete
  7. yep... sharing is caring... gud luck mommy

    ReplyDelete
  8. Garangnye Wie nieh nak lempang polak dahhh

    ReplyDelete
  9. surah pelempang ada ke? bole gak aku nak apply kat budak2 hostel yg degil n bingai tu... geram dowh!!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info ni.

    ReplyDelete
  11. surah al_baqarah amat berkesan utk ubat anak menangis mlm.sya telah mencubanya.alhamdulilah anak sya x lagi menangis mlm.masa tidurkan anak bacakan juga surah al-syifa utk tenangkan hati baby yg tengah resah...insyaallah........

    ReplyDelete
  12. Surah ini baik untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  13. dh stgh blan bkak ayat al baqarah ni kat hp ulang2 smpi pg, alhamdulillah, skang sy skluarga tdo lena smpi ke pg..cma bye sy ek2 mlm nk ssu ngan nk peluk manja2 je..

    ReplyDelete
  14. Semoga dgn membaca surat Al.Baqoroh ayat 1 -30 anakku tdk menangis lg...amin ya robbal alamin

    ReplyDelete