Tuesday, December 14, 2010

Teori Konyol Tentang Hidup

Semasa membaca Padang Bulan, aku jumpa satu perkara yang menarik dalam mozaik Rahasia 23 oktober.


Pada muka surat 28, Andrea Hirata menceritakan tentang teori konyol yang beliau cipta sendiri lantas berpegang kepadanya sepanjang hidup. Teori Andrea Hirata itu ialah, sekiranya musim hujan di kampungnya bermula pada petang 23 Oktober, maka musim hujan itu akan bermula, berjalan dan berakhir dengan baik. Manakala kalau hujan bermula sebelum atau selepas dari jangka waktu itu, keadaan akan menjadi sebaliknya.

Apa yang menarik mengenai mozaik ini ialah, aku rasa ramai antara kita yang mungkin mempunyai teori masing-masing tentang sesuatu dalam hidup. Teori yang pelik, yang kalau dikongsikan dengan orang lain akan menjadi sangat lucu dan nonsense. Tapi kita tetap berpegang kepada teori itu dan senang menggunakannya.

Teori yang konyol tentu saja sehingga tak pernah kukisahkan pada siapa pun. Ia telah menajdi rahasiaku yang terpendam lama.

Aku turut ada beberapa teori konyol sendiri yang tak pernah aku ceritakan. Antaranya, aku tak boleh memakai sesuatu dalam keadaan terbalik. Contoh, kalau nak pakai tuala, aku takkan pakai dalam keadaan terbalik, kalau dah terpakai terbalik, aku sanggup bukak dan betulkan semula. Atau pakai comforter, mesti pada kedudukan yang betul. Kalau bercorak, kepala corak mesti bahagian atas. Dan jangan harap aku nak berselimut dengan membalikkan comforter tu, maksudnya, bahagian luar jadi bahagian dalam dan sebaliknya. Aku akan rasa tak selamat buat macam tu.

Psycho kot?

Walau apapun, teori konyol macam ni lah yang mewarnakan kehidupan kita. Bunyinya kadang childish, tapi bak kata Andrea lagi:

Namun, bukankah adakalanya, menyerahkan diri pada godaan dan memelihara rahasia, menjadi bagian dari indahnya hidup ini?

Cuma jangan sampai teori konyol itu menyusahkan atau menyesatkan sudahla. Huh!

saye: sarung kasut kaki kanan dulu

8 comments:

  1. betul, ouh terasa indahnya hidup!

    aku ada gak..seperti slh 1,
    kalau tidur 3 orang misti tak akan tidur tengah2,nanti bila hantu dtg dia akan pick yg tgh..teori tu dr kicik smpai ke tua x boleh ubah..mcm mana?

    psst : laskar pelangi mana mau pinjam??

    ReplyDelete
  2. btoi... aku takut kalu pakai tuala terbalik... akan berlaku menda tak best... bodo gile tapi buat jugak...

    laskar pelangi nak kena pi jadi makcik librarion garang suh peminjam pulangkan... jom tukar dengan bumi cinta.... aku bagi muw advancer si peniup ney

    ReplyDelete
  3. pergh ayat ko kak..naik pening aku nak paham..almaklum sy ni kurang sasterawan negara sket..hik hik

    ReplyDelete
  4. meh? pening ka? part mana yg pening tuuuu kak? ngehehehe

    ReplyDelete
  5. sume part pening..huhu...tapi mmg menarik..just maybe sbb aku jenis yg lingkup bahasa, tu yg jadi pening tu...keke

    ReplyDelete
  6. hmmm lelan baca apa aja karya andrea hirata...

    ReplyDelete
  7. takpe la pening janji ko paham ye kak.... huhu

    ReplyDelete
  8. betol betol betol... sape tak baca mmg telah kehilangan satu nikmat dalam dunia....

    ReplyDelete