Friday, July 23, 2010

Tisu dan Bahu Untuk Kamu

Jumaat lagi. Aku mohon kepada Tuhan, berikan kau iman, berikan kau keberanian. Aku di sini sedang membekalkan doa – moga kau tabah.

Setiap manusia dijadualkan kesempatan untuk meniti minit-minit menangis. Dalam hayat kita, walau sekali, saat getir mesti ditempuh. Ia menjelaskan kepada kita, bahawa dunia bukan syurga... bukan untuk selalu ketawa. Ia memberitahu kita, bahawa menangis itu juga kehidupan... satu simpang untuk menuju masa depan.

Manusia normal akan menangis. Jika tidak menangis, kau bukan manusia. Mungkin kau adalah batu... atau pokok.

Tiap-tiap seorang daripada kita, diperuntukkan bahagian yang berbeza-beza. Nisbahnya sama. Andai kau rasa hidup kau sering dilimpahi suka, bersyukurlah. Andai sebaliknya, yakinlah bahawa rencana Tuhan itu lebih bijak, lebih saksama. Dengan kesusahan, kita diangkat sedarjat lebih tinggi di sisiNya.

Tuhan maha adil. Percaya?

Garisan hayat ini tidak mungkin selalu lurus. Ia normal berbelok-belok, bersimpang-siur dan berliku-liku. Jatuh bangun itu perlu. Jika tidak, kita tidak belajar menjadi tabah. Kerana hidup tanpa cabaran, bukanlah hidup yang sebenar. Watak yang hidup tanpa cabaran, tidak pernah wujud dalam mana-mana buku, filem, hikayat atau sejarah.


Aku mungkin jauh untuk menghulur tisu atau bahu. Aku hanya ada sedikit kata-kata.

Kawan, melangkahlah. Sinar di hadapan menunggu.

saye: life without challenges is not worth living


6 comments:

  1. indahnya hidup ada teman yang seperti kamu....

    ReplyDelete
  2. berkhayal sedang pinjam bahu kamu..
    berkhayal sedang menjerit tepi bukit sama kamu..
    berkhayal sedang pillow talk soksek dengan kamu..
    sayang kamu sampai mati.. :')

    *tadi mau kelik like. tapi lupa pulak account dah takdo.* sobsob..

    ReplyDelete
  3. eh? kalau teman tu aku suke la... kalau tak... pegi kau menangis seorang di sana... wakaka (tak kelakar eh?)

    ReplyDelete
  4. jom jom bukit ampang... ritu baru je mak aku tanya ko pernah lepak tak bukit ampang? (bunyik macam nak ajak pi la tu... wuwu)

    *tu la tggu2 tade pun like dari muw... pastu teringat muw dah delete... wakaka

    ReplyDelete
  5. Yang...abg nak ikut skali...jgn tinggalkan daku......

    ReplyDelete