Monday, May 25, 2009

Menunggu Ultraman Menjadi Raksasa Gorgon


Kami tergelak besar apabila Sizuka menggelarkan dirinya dianggap seperti raksasa gorgon dan kemudian ada pula yang mahu datang menjadi ultraman. Ianya sungguh-sungguh benar dan ironi. Namun, menurut kanak-kanak bawah umur yang ketagih siri superhero yang bersilih-ganti di puluhan rangkaian tv, penyelamat bumi yang diserang raksasa gorgon ialah mask rider dan bukannya ultraman. Sumpah saya tak tau!

Semasa raksasa gorgon sebenar yang bertopengkan mask rider melebarkan pengaruh dan menjana misi, kelihatannya Sydney Bristow mencelah di tengah-tengah. Berbanding superheroin Alias yang asli, Sydney Bristow ini terang-terangan mengaku sebagai double agent, mengangkat diri sebagai liberalis, sang pendamai dan menjadi reporter part time secara sukarela.

Kata sesetangah watak kecil, get a life! Ianya benar. Benar kepada banyak watak yang menghidupkan siri kehidupan ini. Juga benar untuk watak yang berkata-kata itu. Benar untuk raksasa gorgon, benar untuk ultraman, benar untuk mask rider, benar untuk Sydney Bristow, juga benar untuk si pengulas yang menggelarkan diri sebagai blogger. Namun sang blogger hidup dengan blognya atas kepercayaan bahawa satu masa nanti kebenaran akan pasti menampakkan diri.

Dunia ini bulat. Ia berputar dan berjalan di atas paksi yang juga membentuk satu bulatan. Kerana Tuhan itu maha adil, maka maafkanlah semua watak-watak yang tidak bahagia dan berdoalah semoga mereka mendapat kebahagiaan untuk hidup dalam kebaikan. Apa juga watak kehidupan sebetulnya tidak perlu menjadi ultraman mahupun raksasa, kerana takdirnya kita manusia diciptakan sebagai makhluk yang paling sempurna.


8 comments:

  1. aku mau gelak besar dulu..MUAHAHAHAHA...
    nape ko x masukkan watak2 dlm HEROES mahupun PrisonBreak (politik semata) yg sudah slamat diujung episod..atau mungkin siries2 itu kamu tdk mnontonnye??pasti bukan..ahh..rugi!!

    bess entri..pnh simbolik..i like..ehh..xde icon thumbUp la...sile buat pliz..

    ReplyDelete
  2. hahaha... heroes begitu complicated n aku tak watch prisonbreak... patetic bukan? time kaceh kerana membaca... ingat nak tulis pjg2 tp konpem menyusahkan org nak baca... at least puas hati juga dapat tulis n publish... chaiyok...

    tq lagik... :)

    ReplyDelete
  3. hahahahaa...entri yg besshhh...mmg nk tgelak besau...aku jugak doakan agar kanak2 yg nk jadi ultraman itu bahagia dgn idupnya...smakin byk raksasa gorgon..semakin ramailah yg nak jadi ULTRAMAN...hero and heroin..tp apa pun yg berlaku mmg ada hikmahnya...chaiyokkk...

    ReplyDelete
  4. yup... thx... sama-sama doa utk kita dan mereka-mereka juga...

    ReplyDelete
  5. skali lg akak tringin baca entry mu ini...dan kali ini..akak mahu kaji betul2 watak2 yg disebut..tp ternyata amat payah mengenali watak2 tersebut...hurm..adakah mungkin akak akan mengetahuinya jugak by the end?
    maka dengan itu..akak terpaksa membace berulang2 kali...

    ReplyDelete
  6. kikiki... lawak la akak neyh... rajin2 la analisis ye... nanti ble kita diskas siapakah watak2 itu... boleh buat kuiz facebook neyh... miahaha

    ReplyDelete
  7. panggil la Dr House untuk merawat raksasa gorgon ni...adoi la

    ReplyDelete
  8. menunggu ramai2 membuka topung ultraman yg dipakai raksasa gorgon ituh... wawawa

    ReplyDelete